AKTIVITI JANGKAUAN KWAP

KWAP percaya bahawa adalah tanggungjawabnya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Terutamanya kepada pesara sektor awam, yang merupakan penerima manfaat utama sebahagian besar daripada perkhidmatan KWAP.
Justeru, melalui penganjuran bengkel dan acara berfaedah yang mencerminkan teras-teras penting persaraan, KWAP dapat berhubung dengan para pesara dan keluarga mereka, seterusnya membina kepercayaan sebagai penyedia dana pencen negara.

Image

MyPesara

MyPesara ialah aplikasi pintar yang dibangunkan untuk memudahkan pesara Kerajaan Malaysia mengakses maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat pembayaran pencen setiap bulan.

Ketahui Selanjutnya
Image

Karnival Rasa Sayang

Dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bengkel-bengkel yang berfaedah dan berkait rapat dengan pesara, KWAP ingin menjemput para pesara dan bakal pesara termasuk keluarga mereka untuk menghadiri KARNIVAL RASA SAYANG. Acara 2 hari ini dijangka menarik seramai 3000 pengunjung dan bakal berlangsung pada bulan Oktober 2019 ini. Jangan ketinggalan!

Ketahui Selanjutnya
Image

Anugerah Ikon Pesara

Anugerah Ikon Pesara adalah acara yang julungkalinya diadakan untuk mengiktiraf para pesara sektor awam di atas sumbangan mereka selepas persaraan di dalam bidang Pendidikan, Pembangunan Sosial & Masyarakat dan Keusahawanan.

Ketahui Selanjutnya